Sunday, August 1, 2010

MAN MADE STRUCTURE : THE BAMBOO SOUND TOOL

23 Julai 2010.

Hari ini kami menerima assignment yang baru, iaitu untuk menghasilkan alat bunyi-bunyian daripada buluh (bamboo sound tool) atau ringkasnya BST. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan BST masing-masing dan menjelaskan kegunaannya dalam Gettho : HBP 2010/2011 Freshmen Orientation yang berlangsung dari 23-25 Julai 2010.

Tanpa pengalaman dalam pembikinan alat muzik (apatah lagi saya tidak begitu berminat dengan sesetengah genre muzik), pada mulanya saya terfikir apakah agaknya BST yang hendak saya sediakan.

Akhirnya saya mencari jalan selamat dengan menghasilkan sesuatu yang saya tahu dan yakin boleh saya buat iaitu "The Bamboo Shaker". Bamboo shaker ini saya hasilkan dari keratan seeruas buluh (cari punya cari, jumpalah buluh yang agak matang, besar pulak tu... Tak apalah, saya kesuntukan masa). Buluh ini ditebuk menggunakan hand drill berhampiran dua hujungnya untuk menghasilkan sound chamber.





Untuk mengeluarkan bunyi, sound chamber ini diisi dengan kacang hijau untuk menghasilkan bunyi yang lebih lunak jika dibandingkan dengan sekiranya batu-batu kecil atau guli dimasukkan. Lubang tebukan ditutup kembali menggunakan wall plug.







Ini adalah bamboo shaker yang telah saya hasilkan untuk projek ini.




Sebahagian dari ahli kumpulan yang terlibat dalam persembahan Gettho dengan alat muzik yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment