Sambil menerangkan serba sedikit tentang subjek sebagai pengenalan kepada studio, pensyarah juga ada memanggil beberapa orang pelajar untuk duduk di hadapan sambil berkenalan dengan merekadan seingat saya ada beberapa budak dari negeri Pahang. Sambil mengalukan kedatangan kami ke USM, pensyarah juga menyentuh tentang APEX iaitu makna APEX dan kefahaman pelajar tentangnya.
Apa yang saya faham tentang berdasarkan keterangan pensayarah adalah tentang produk APEX dan pelajar-pelajar adalah sebagai produk yang akan menjayakan APEX. APex terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
- Niat (Intention)
- Kelakuan/Tindakan (Act)
- Produk (Product)
Niat dilakukan oleh aktor. Tindakan dilakukan berpandukan undang-undang/peraturan dan produk dihasilkan mengikut kesesuaian tempat.Bagi memudahkan pemahaman, En. Wan Burhanuddin melukiskan gambarajah berdasarkan 3P iaitu People, Principle, Place.
Pada penghujung kuliah, En. Wan telah memberikan tugasan sebagaimana yang saya sedang siapkan sekarang ini, tetapi sebelum itu ada juga beberapa studiomaster yang hadir lewat memperkenalkan diri masing-masing. Nama pensyarah tersebut akan saya kumpulkan di ruangan bawah nanti.
Saya rasa setakat ini sajalah yang saya ingat dan telah pon saya tuliskan si ruangan ini. Sekian terima kasih dan saya berharap En. Wan boleh berpuas hati.
Wassalam.
En. Wan Burhanuddin bin Wan Abidin
Dr. Mohd Hanizun Hanafi
Dr. Ilias Said
No comments:
Post a Comment