Wednesday, October 20, 2010

Project 9 : RUS101 Conference

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

11 Oktober 2010

Kami dapat assignment baru that is, in a group of 5/major, to write an abstract as follows :



Malangnya saya tidak hadir kelas pada hari Jumaat kerana menguruskan beberapa perkara di pejabat, so I did not have any group initially. Walau bagaimanapun, saya telah cuba menghasilkan abstract sendiri berasaskan apa yang saya faham tanpa mengaitkannya dengan profesyen perancang bandar.

Project 9 : RUS101 Conference

MIND SHIFT

AWAKENING AS ONE

BANGKIT DENGAN TAUHID

WE CANNOT ALTER PEOPLE’S HEART, WE CAN ONLY INSPIRE

(KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH HATI INSAN,

KITA HANYA BOLEH MEMBERIKAN INSPIRASI)

Rahmat Bin Mohamed Salleh

No. Matrik : 109659

ABSTRAK

Dalam teriakan slogan dan laungan gagasan “1 Malaysia Menjana Transformasi”; dalam kemelut dunia akhir zaman yang penuh kekacauan; di saat para akademia, ilmuwan dan cendekiawan berhempas pulas mencari resolusi dan penyelesaian, masih ramai lagi warga bangsa dan kerabat seagama yang masih betah tidur lena dibuai mimpi indah dan khayalan, bahawa “esok masih tetap ada” sedangkan hakikatnya esok adalah sesuatu yang belum pasti. Sehinggakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah berkata bahawa sepanjang beliau menjadi Ketua Kerajaan menerajui Malaysia, semua perkara berjaya dilakukannya kecuali satu, iaitu untuk mengubah minda bangsa Melayu. Demikianlah sukarnya mengubah hati manusia yang tegar dibelenggu dengan pelbagai doktrin, ideologi, budaya, kepercayaan, persepsi dan tabiat.

Maka, kertas ini dihasratkan dapat menjadi suatu wacana bertujuan merungkai isu tersebut dengan pertama-tamanya menghuraikan istilah anjakan minda dan inspirasi; serta memperincikan maksud beberapa frasa penting berdasarkan kepada hasil kajian dan penemuan. Penekanan akan diberikan terhadap fitrah kejadian manusia, sikap dan jati diri, serta sejauh mana keupayaan seseorang atau sesuatu golongan dalam memberikan inspirasi atau menjadi sumber inspirasi sebagai wahana yang efisien dalam mengubah hati insan serta mencetuskan anjakan minda. Beberapa tokoh utama akan diketengahkan sebagai role model, dengan pembicaraan mengkhusus kepada keperibadian/sahsiah,

Pada bahagian berikutnya pula, kertas ini cuba membincangkan tentang golongan sasaran dan cabaran-cabaran yang akan ditempuh dalam merealisasikan hasrat memberikan inspirasi kepada golongan-golongan tersebut. Kertas ini juga akan mengutarakan beberapa cadangan dan langkah-langkah yang boleh diambil sebagai suatu usaha ke arah “menginspirasikan” hati manusia, memberikan motivasi dan menjadi pedoman dalam memacu revolusi pemikiran serta anjakan minda. Cadangan-cadangan ini dipaparkan dalam konteks Malaysia, dan akan menyentuh isu agama, bangsa, budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di negara ini, di samping mengaitkannya dengan aspirasi Kerajaan ke arah globalisasi dan pengantarabangsaan, dan di masa yang sama cuba memperkukuh institusi kemasyarakatan/kekeluargaan dan persekitaran kehidupan yang holistik.

Memberikan inspirasi dan menjadi sumber inspirasi bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya kepada golongan tegar. Walau bagaimanapun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mustahil jika semua pihak yang bertanggungjawab dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh ikhlas dan komited.



No comments:

Post a Comment