Malam ini merupakan malam penutup kepada semua acara yang berkaitan dengan Studio RUS 101 di mana selepas ini adalah minggu mengulangkaji sebelum menjelangnya peperiksaan akhir bagi semester 1 sidang 2010/2011. Dan selepas ini semua pelajar Tahun 1 HBP akan membawa haluan sendiri mengikut major masing-masing.
Saya bukanlah seniman yang pandai berkarya, tetapi untuk waktu-waktu istimewa seperti ini, asah-asah sikit bakat yang tumpul, bolehlaaahh...
Tiada lagi dome dan rakit
Tiada lagi bamboo dan buluh
Tiada lagi rintihan sakit
Tak perlu lagi mengeluh.
Tiada apa nak dikesalkan
BIG dome yang terbina separuh jalan
Yang tinggal hanya kenangan
Studio, aku dan kawan-kawan.
Tapi perlu apa nak dirisau
Kita masih di kampus yang sama
Senang-senang ke Balik Pulau
Laksa Janggus kita pekena.
Di Subaidah masih boleh bersembang
Over teh tarik dan nasi kandar
Kalau banyak masa terluang
Kita pusing satu bandar.
Kalau agak-agak tak banyak assignment
Bolehlah balik kampung hujung minggu
Tapi, kalau fulus tak mengizinkan
Bawah jambatan kita pakat BBQ.
Apapun aku, siapapun kamu
Kita sama-sama warga USM Apex University
Tujuan utama kita kan menuntut ilmu
Perkara yang lain tu tolaklah tepi.
Seperti dome yang kita bangunkan
Ada struts pendek, ada yang lebih panjang
Tapi connectors juga amat perlu diutamakan
Untuk menghubung struts sebatang demi sebatang.
Begitu juga kita, perlu perkukuhkan semangat setiakawan
Walaupun berlainan major, agama, bangsa dan fahaman
Ibarat struts dan connectors kita saling memerlukan
Untuk membawa USM ke mercu kecemerlangan.
Banyak sungguh pengalaman dan ilmu kita perolehi
Walaupun baru hanya satu semester kita di sini
Bakal pemimpin memang kena persiapkan diri
Tanpa ilmu, macam mana nak memimpin nanti.
Dari buluh, dome, 2012 dan anjakan jiwa
Segalanya kita lalui dengan semangat menggunung
Kalau sekali gagal jangan mudah rasa kecewa
Di sebaliknya ada rahmat yang terselindung.
Aku tak akan mengucap selamat tinggal
Kepada adik-adik dan sahabat sekalian
Kerana kita masih ada lagi lima penggal
Untuk menyambung pengajian.
Tapi aku masih tetap ingin mohon maaf
Dari Lecturer, studio masters dan kawan-kawan semua
Atas segala keterlanjuran dan khilaf
Semasa kita belajar bersama.
Kita semua kan tetap kawan
Kalau bersua tegurlah, jangan buat tak tau walaupun tersenggol
Tapi paling kuingat tentunya Cik Wan
Dia insan unik, munsyi yang unggul.
Memang baik jika kita masih bersama lagi
Tapi hakikat hidup harus kita terima
Setiap yang bermula kelak kan berakhir jua nanti
Aku doakan kita semua bahagia dan sejahtera.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG!
AMEEN...
Dan detik-detik malam itu saya abadikan melalui rakaman foto di bawah ini :
Pentas yang telah disediakan sejak siang.
Dome, sarong dan topeng tetap elemen deco utama...
Guests of honour...
Selepas ucapan wakil pelajar, Cik Wan, the masked philosopher...
menyampaikan ucapan on SOUL SHIFT.
Cik Wan mengenakan topeng dan kopiah dome, bersahaja posing for the camera.
... Namun Cik Wan masih tetap orang yang sama, a simple man...
Acara diteruskan dengan persembahan 30-second Powerpoint presentation berasaskan assignment akhir mengenai transformasi diri. It was interesting dan menghiburkan...
Kemudian... MAKAN TIME! Bon Apetite!
BBQ Kambing, my favourite!
The chicken looks good too...
Makan... Makan... Jangan tak makan...
Taking photos of friends...
... And friends taking pics of me. Rear elevation?
I prefer this one though...
Sambil menikmati persembahan dari kawan-kawan...
We enjoyed the night away, tetapi malangnya saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan the lecturers, especially Cik Wan, untuk menyampaikan ucapan terima kasih secara peribadi. But, anyhow, saya ingin tujukan video clip di bawah ini untuk tatapan Cik Wan, all the other lecturers and studio masters. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. InsyaAllah kita akan bertemu kembali.
You have Made a Difference!